Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagai pengguna sukar untuk membezakan sesuatu makanan yang dihidangkan itu halal atau sebaliknya. Maka langkah proaktif kerajaan melalui JAKIM memperkenalkan skim pengiktirafan halal bagi membantu pengguna Islam patut dipuji. Dengannya, senang bagi pengguna memilih makanan atau premis makanan yang menjual produk halal. Pun begitu ia secara teori sahaja kerana dalam perniagaan, mereka cukup kreatifdan licik untuk mengabui pelanggan. Ada peniaga yang sanggup mempalsukan logo halal dan ada pula yang sanggup melanggar syarat logo halal yang diperolehi memaksa JAKIM menarikbalik pengiktirafan. Disini siapa yang jadi masa dan siapa yang mengaut laba?
Kes terbaru melibatkan restoran makanan santai seperti mana yang dilaporkan dalam laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM - klik disini untuk berita penuh). Kejadian ini sebenarnya bukan baru berlaku kerana ianya telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia 19 Mac 2010 dan Laman Web PPIM. Apa yang menghangatkan semula ialah pengguna terbabit telah membuat telah memfailkan kes ini semalam bagi menuntut keadilan, 22 Julai 2010 di Mahkamah Sesyen Klang.
Kes ini sekarang telah jadi kes mahkamah dan lebih baik jangan ulas dikhuatiri boleh melanggar sempadan yang dibenarkan undangg-undang. Bagaimanapun, pengajaran dari kes ini yang boleh dipelajari antara lain ialah:
- Jangan percaya bulat-bulat logo Halal JAKIM, sebaliknya siasat dahulu.
- Jangan terpengaruh orang melayu/Islam yang mengunjungi premis atau melanggani produk tertentu sebagai representasi halal, sebaliknya siasat dahulu.
- Jangan terpengaruh dengan premis yang mempamerkan ayat-ayat suci Al-Quraan sebagai representasi halal, sebalinkya siasat dahulu.
- Jangan terpengaruh dengan pengendali premis yang bertudong atau berkopiah sebagai representasi halal, sebaliknya siasat dahulu.
- Belajarlah cari masa, untuk masak makanan sendiri. Bukan saja halal malah diketahui zat makanan dan tahap kebersihan.
- Elakkan membiarkan diri untuk ditipu oleh peniaga yang rakus dengan tingkatkan awasan, siasat dahulu.
- Rapuhnya undang-undang perlindungan sedia ada, gagal menakutkan peniaga yang "berani".
No comments:
Post a Comment