Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Wednesday, 29 May 2013

Persoalan Niat Puasa Ramadhan

No comments:
Insyaallah beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang mulia dan penuh berkat – Ramadan Al-Mubarak. Semua sedia maklum, puasa yang sempurna bukan bermaksud menahan diri dari makan dan minum sahaja. Oleh yang demikian sama-samalah kita melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan puasa kerana sebagai orang beriman, pasti mengharapkan mengerjakan puasa terbaik kerana ganjarannya ialah keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Seperti ibadat lain, ibadat puasa bermula dengan niat. Tidak sah puasa seseorang itu jika tidak dimulai dengan niat. Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam niat puasa Ramadan hendaklah dilakukan pada malam hari iaitu sebelum terbit fajar. Yang penting seperti dalam apa-apa niat juga ianya hendaklah yakin.


Niat puasa Ramadan hendaklah dilakukan pada setiap malam tetapi menutut Mazhab Imam Maliki boleh juga diniatkan untuk sebulan penuh iaitu niat sekali sahaja. Pun begitu ada perkara-perkara yang membatalkan niat puasa sebulan penuh seperti terputus kewajipan berpuasa walaupun tidak meninggalkan puasa seperti musafir atau tidak boleh berpuasa kerana keuzuran yang dibenarkan, atau meninggalkan puasa
.Klik disini untuk membaca rencana penuh berkaitan niat puasa tulisan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Friday, 22 June 2012

Syarat Mensabitkan Kesalahan Zina

No comments:

Hudud adalah hukuman yang disyariatkan dalam Islam dan merupakan hukumannya adalah untuk pencegahan. Sesuai dengan itu Islam telah menggariskan secara terperinci tatacara bagi mensabitkan sebarang kesalahan. Salah satu kesalahan dibawah hukum hudud ialah kesalahan zina.
Hukuman bagi kesalahan zina adalah berat iaitu disebat bagi yang belum berkahwin dan direjam bagi pesalah yang telah berkahwin.
Memandangkan hukuman yang berat dan mempastikan keadilan ditegakkan maka jumhur ulamak telah menetapkan bagi kes jenayah zina menetakpan dua kaedah bagi mensabitkannya iaitu melalui saksi dan pengakuan.
Saksi adalah orang yang penting dalam menjatuhkan hukuman. Berikut ialah kriteria-kriteria orang-orang yang boleh diterima menjadi saksi iaitu:
  1.  Lelaki (4 orang);
  2.  Baligh;
  3. Berakal;
  4. Adil (soleh, tidak fasik, dan boleh dipercayai);
  5. Tidak melakukan dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa kecil;
  6. Islam;
  7. Menyaksikan kes dan boleh menerangkan dengan terperinci; dan
  8. Merdeka.
Islam telah menetapkan baha orang perempuan tidak diterima menjadi saksi dalam kes berkaitan zina sebagaimana yang dinyatakan dalam ayat 15 Surah An-Nisa’ yang bermaksud: “Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan saksi itu mengesahkan perbuatan itu, maka kurunglah mereka (perempuan itu) dalam rumah hingga sampai ajal matinya atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan keluar dari hukuman itu“.
Artikel ini adalah ringkasan Kuliah Maghrib oleh YBhg Ustaz Mohd Rafizal Zulkifli

Sunday, 12 June 2011

17 kali menipu ALLAH

No comments:
Tatkala seseorang meminta segelas air  daripada orang lain, lalu orang itu memberinya, tetapi dia menolak pula, maka jenis apakah orang seperti ini ?
Dan dia meminta lagi air  kepada orang yang sama sampai berkali-kali, dan setiap kali orang itu memberikan air yang dimintanya, dia menolaknya lagi. Maka apakah boleh dia tersebut dikelaskan  sebagai orang gila, sombong, pendusta dan mempermain – mainkan?
Sah – sah gelaran ini akan diberikan kepadanya. Jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia melaksanakan solat, dan mereka semua membaca al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun solat yang tanpanya solat tidak akan sah.
Mereka membacanya tujuh belas kali dalam sehari semalam. ini tidak termasuk yang dibaca dalam solat – solat sunat rawatib, yang jika dihitung jumlahnya mencapai lebih dari itu. Ertinya, mereka berdoa sampai berkali-kali dalam setiap kali membaca: “Kepada-Mu kami menyembah, dan kepada-Mu kami meminta pertolongan. “(Al-Fatihah: 5).
Tetapi realiti berbicara lain. Lidah mengucapkan, “Hanya kepada-Mu kami beribadah.” Yakni, hanya kepada-Mu Kami tunduk dan hanya kepada-Mu kami patuh, mengikuti, berserah diri, dan tunduk. Kami tidak takut, kecuali kepada-Mu, kami tidak berharap kecuali kepada- Mu,kami tidak tunduk kepada hukum selain hukum-Mu, dan kami tidak takut kepada seorang pun melainkan hanya kepada-Mu
Tetapi, mereka tetap tunduk kepada manusia, bertepuk tangan buat mereka yang membuat sistem perundang undang – undang yang diambil dan selain sistem perundang Allah. Mereka takut ketika ada seseorang yang mengancam akan memutuskan sumber rezeki atau nyawanya. Mereka mengangkat tuhan-tuhan selain Allah. Mereka tunduk, patuh, dan takut kepada tuhan tuhan tersebut, melaksanakan perintahnya dan berserah diri kepadanya.
Hawa nafsu dan keinginan, isteri-isteri, harta, pakaian, pangkat, dan seluruh perhiasan duniawi, adalah tuhan-tuhan mereka selain Allah. Namun demikian, mereka tetap mengucapkan lebih dan tujuh belas kali dalam sehari semalam: “Hanya kepada-Mu kami menyembah.”
Mereka juga mengucapkan, “Dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan.” Ertinya: “Kami, wahai Rabb, jika terkena musibah, bencana, sangat memerlukan-Mu, kerana kami sangat lemah, kami tidak datang kepada seorang pun selain Engkau untuk meminta tolong dan membebaskan kami dari bencana itu.”
Tetapi realiti berbicara lain. Jika ditimpa bencana atau kesulitan, mereka datang kepada sesama makhluk sebelum sang Khaliq. Mereka berkeyakinan bahawa makhluk tersebut memiliki kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat, sementara mereka menganggap terlalu rendah untuk datang, berlindung, dan bersimpuh di hadapan Allah swt.
Selanjutnya, mereka mengucapkan, ” Tunjukkanlah kami ke Jalan yang lurus. “(Al-Fatihah:6).
Iaitu jalan yang dilalui oleh para salafus soleh, para pengikut anbiya’, sahabat, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia hingga hari kiamat kelak. Tetapi, mereka tetap terus berbuat maksiat, seperti riba, zina, memandang sesuatu yang diharamkan oleh Allah, berdusta, ghibah, namimah ‘mengadu domba’, menipu, dengki, mempertuhankan dunia, dan tidak berpegang teguh pada agama. Maka hidayah apa yang mereka kehendaki?
Apakah ini bererti bahawa jutaan umat Islam di seluruh penjuru dunia berdusta di hadapan Allah dan menipu-Nya 17 kali dalam sehari semalam.
Keadaan mereka itu tidak beza dengan “orang gila” yang meminta air kepada kawannya dan ketika air itu diberikan, dia malah menolaknya. Apakah itu merupakan kebiasaan yang mendarah daging sehingga memisahkan hubungan antara perkataan dan perbuatan?
Atau itu adalah kebiasaan berbohong yang menyelimuti kehidupan kita sehingga kita tidak dapat lagi membezakan antara berdusta kepada manusia dengan berdusta kepada Allah?
Atau hal itu semacam suatu zat yang menutup hati, semacam karat, yang membutakan mata hati manusia?
Atau itu merupakan kemaksiatan yang membutakan hati? Atau semuanya itu benar? Jika benar, maka ini adalah malapetaka besar yang menimpa umat ini.
Allah berfirman:
“Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian kerjakan.” (ash shaff : 9)

Monday, 30 May 2011

Sembahyang Selepas Berpijak Lantai Yang Diragui Kebersihan

No comments:
8 Oktober 2010. Mungkin ada diantara jemaah kita yang berpegalaman singgah sembahyang ditempat-tempat tertentu yang lantainya dilihat "tidak bersih". Keadaan ini menimbulkan keraguan kepada sahnya sembahyang yang didirikan. Disini dikongsi fatwa yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. untuk tatapan pembaca sekelian.
Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam memutuskan bahawa kedudukan sembahyang seseorang (selepas mengambil air sembahyang) beliau menuju ke tempat bilik sembahyang memijak lantai yang diragui kebersihannya adalah sah.
Sebahagian huraian dan alasan adalah seperti berikut:
Terdapat perbezaan diantara perkataan "bersih" dan "najis" dari sudut Islam. Walau bagaimanapun, sama ada seorang itu ragu tentang kebersihan lantai yang dipijaknya atau ragu tentang kenajisan lantai itu tidaklah menyebabkan tidak sah sembahyang seseorang itu, namun perkataan "najis" dan "tidak bersih" mempunyai makna yang tersendiri.
Najis ialah benda-benda yang dianggap kotor oleh syara', kotor yang boleh membatalkan sembahyang walaupun ianya dianggap bersih oleh manusia. Apabila tubuh badan, pakaian atau tempat sembahyang kena najis, wajib dibasuh kerana benda-benda itu menghalang sah sembahyang.
Mengenai "bersih" atau kebersihan, walaupun maknanya "tidak kotor" dan "suci", namun dari segi pengaruh hukumnya adalah berbeza kerana tiap-tiap yang najis itu bererti tidak bersih, kotor atau tidak suci, seperti anjing dan babi, darah, bangkai atau benda-benda yang keluar dari dubur dan qubul.
Memandangkan adanya perbezaan ini, maka perlulah seseorang itu mengenali apa dia benda-benda najis atau yang kotor dalam pandangan syara' kerana yang bernajis itulah yang dianggap tidak bersih oleh syara' dan inilah yang boleh menjejaskan kesahihan sembahyang.
Sedangkan "tidak bersih" tidak semestinya najis, seperti baju atau pakaian yang kena lumpur tanah, terkena kuah lauk dan seumpamanya. Pakaian itu boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Sembahyang dengan baju yang kena lumpur tanah adalah sah, berlainan apabila terkena najis. Benda-benda najis menghalang sah sembahyang, manakala benda-benda tidak bersih tetapi tidak najis, tidak menghalang sah sembahyang.
Adapun mengenai kedudukan sembahyang seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan sembahyang tidak sah kerana berdasarkan kaedah hadith Rasulullah yang bermaksud:
    Apabila salah seorang di antara kamu merasakan sesuatu di dalam perutnya, kemudian dia merasa ragu, adakah telah keluar sesuatu dari perutnya itu atau tidak, maka janganlah dia keluar dari masjid sehingga dia mendengar bunyi atau mendapati sesuatu bau. (Hadis riwayat Muslim)
Dalil lain lagi bagi kaedah ini ialah daripada Abdullah bin Zaid, katanya: "Ada seorang lelaki mengadu kepada Nabi S.A.W. dia berasa terkhayal adakah dia berhadas semasa menunaikan sembahyang." Maka Sabda Baginda, bermaksud:
    Janganlah dia meninggalkan sembahyangnya sehingga dia mendengar bunyi atau mencium bau. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Baginda lagi bermaksud:
    Daripada Abu Said Al-Khudri berkata: "Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Jikalau syak salah seorang kamu dalam sembahyangnya dan dia tidak tahu berapa jumlah rakaat dia telah sembahyang, adakah tiga (rakaat) ataupun empat, maka buangkan yang syak dan hendaklah dibina atas apa yang dia yakini". (Hadis riwayat Muslim)
 
back to top