Monday, 16 May 2011

Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid

No comments:
Isu orang bukan Islam memasuki masjid pernah menjadi tajuk berita hangat di Malaysia sebelum ini. Bagaimanapun apa yang mendukacitakan sesetengah pendapat yang diberikan tidak melihat dari sudut hukum. Terdapat kecenderungan membuat pertimbangan berdasarkan logik akal semata-mata. Sehubungan dengan itu, disini dipetik pandangan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, untuk menjadi renungan bersama.
Menurut rencana tersebut, para ulama Syafi'iyyah menunjukkan dengan jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid, selain daripada Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
Bagaimanapun, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising, serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.

No comments:

Post a Comment

 
back to top