Showing posts with label Halal. Show all posts
Showing posts with label Halal. Show all posts

Friday, 22 June 2012

57 Sijil Halal Luar Negara Diiktiraf

No comments:


Menurut maklumat dalam laman web rasmi halal JAKIM, untuk tahun 2012 ini sejumlah 57 sijil halal dari 31 buah negara diiktiraf oleh JAKIM. Ini sekaligus memudahkan urusan pengimportan bahan mentah atau separa siap bagi diproses di Malaysia. JAKIM menasihatkan supaya pengguna menghubungi terus badan-badan pensijilan berkenaan untuk maklumat lanjut.

Dari jumlah tersebut Australia mempunyai bilangan yang terbanyak iaitu 10 badan pensijilan.

Bil
Negara
Bilangan
1
Afrika Selatan
3
2
Amerika Syarikat
2
3
Argentina
2
4
Australia
10
5
Austria
1
6
Bangladesh
1
7
Belanda
3
8
Belgium
1
9
Brazil
2
10
Brunei
1
11
Chile
3
12
China
3
13
Denmark
1
14
Filipina
2
15
India
2
16
Indonesia
1
17
Itali
1
18
Jepun
1
19
Jerman
1
20
New Zealand
2
21
Pakistan
1
22
Perancis
1
23
Poland
1
24
Singapura
1
25
Sudan
1
26
Switzerland
1
27
Taiwan
3
28
Thailand
1
29
Turki
2
30
United Kingdom
1
31
Vietnam
1
Jumlah
57
Untuk maklumat lanjut klik di sini

Monday, 30 May 2011

Pilihlah Restoran, Jangan Percaya Kepada Logo HALAL Sahaja

No comments:
Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebagai pengguna sukar untuk membezakan sesuatu makanan yang dihidangkan itu halal atau sebaliknya. Maka langkah proaktif kerajaan melalui JAKIM memperkenalkan skim pengiktirafan halal bagi membantu pengguna Islam patut dipuji. Dengannya, senang bagi pengguna memilih makanan atau premis makanan yang menjual produk halal. Pun begitu ia secara teori sahaja kerana dalam perniagaan, mereka cukup kreatifdan licik untuk mengabui pelanggan. Ada peniaga yang sanggup mempalsukan logo halal dan ada pula yang sanggup melanggar syarat logo halal yang diperolehi memaksa JAKIM menarikbalik pengiktirafan. Disini siapa yang jadi masa dan siapa yang mengaut laba?
Kes terbaru melibatkan restoran makanan santai seperti mana yang dilaporkan dalam laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM - klik disini untuk berita penuh). Kejadian ini sebenarnya bukan baru berlaku kerana ianya telah dilaporkan dalam Utusan Malaysia 19 Mac 2010 dan Laman Web PPIM. Apa yang menghangatkan semula ialah pengguna terbabit telah membuat telah memfailkan kes ini semalam bagi menuntut keadilan, 22 Julai 2010 di Mahkamah Sesyen Klang.
Kes ini sekarang telah jadi kes mahkamah dan lebih baik jangan ulas dikhuatiri boleh melanggar sempadan yang dibenarkan undangg-undang. Bagaimanapun, pengajaran dari kes ini yang boleh dipelajari antara lain ialah:
  1. Jangan percaya bulat-bulat logo Halal JAKIM, sebaliknya siasat dahulu.
  2. Jangan terpengaruh orang melayu/Islam yang mengunjungi premis atau melanggani produk tertentu sebagai representasi halal, sebaliknya siasat dahulu.
  3. Jangan terpengaruh dengan premis yang mempamerkan ayat-ayat suci Al-Quraan sebagai representasi halal, sebalinkya siasat dahulu.
  4. Jangan terpengaruh dengan pengendali premis yang bertudong atau berkopiah sebagai representasi halal, sebaliknya siasat dahulu.
  5. Belajarlah cari masa, untuk masak makanan sendiri. Bukan saja halal malah diketahui zat makanan dan tahap kebersihan.
  6. Elakkan membiarkan diri untuk ditipu oleh peniaga yang rakus dengan tingkatkan awasan, siasat dahulu.
  7. Rapuhnya undang-undang perlindungan sedia ada, gagal menakutkan peniaga yang "berani".

PENGGANTUNGAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT QBI PACKAGING SDN BHD

No comments:
JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sebagai pengguna muslim sama-samalah kita mengambil tindakan terutama dalam penyediaan makanan untuk berbuka dan hari raya supaya jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang bersubhat. Ingatlah setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah dan setiap sumber yang haram merupakan habuan api neraka.
Jika tidak mengetahui atau terpaksa itu cerita berbeza. Dengan tersiarnya berita ini maknanya dah tahu tambahan pula banyak pilihan lain. Guna saja produk keluaran GLC seperti Felda, bukan saja halal malah menyumbang kepada pembangunan negara!
Sumber: Halal JAKIM.

Fake Green Peas (Kacang Hijau)

No comments:
18 Ogos 2010. For those who like to eat junk food, or who are in the habit of buying junk food for your children, please take note of this. Looks like there is no "safe" food left in the market.
Green peas are green rounded pea seeds that are sweet and starchy in taste. Green peas contains twice the protein of most vegetable, so they are a healthier substitute for meat. Three quarters cup of peas provides 6 grams of protein, plus thiamine, riboflavin, niacin, calcium, iron, phosphorus, potassium and 645 units of vitamin A.
Unfortunately most of food industries in developing nations cheating the customers with fake greens peas which are prepared from toxic chemicals (dyes). These industries preparing the green peas form brown peas (cheaper) by soaking them in dye solution for overnight. All these chemicals have been banned by US food and drug administration in 1974 itself. Frequent consumption of fake green peas leads to colon and bladder cancer. All these fake green peas banned in US, Canada, all European countries and other developed countries.
Identification of fake green peas:
  1. Put the peas in boil water for 30 seconds, water turns to green color.
  2. After consumption check your tongue to observe green color stains and light bitter in taste.
Symptoms:
  1. Stomach irritation, pain or acidity;
  2. Urine turns to light green color; and
  3. Mild head ache.
Source: /www.muslimconsumer.org.my

Berhati-hati Memilih Minuman Ringan

No comments:
20 September 2010. Sebagai orang Islam kita perlu menitik beratkan soal makanan dan minuman apalagi dalam penyediaan makanan sempena majlis rumah terbuka Aidilfitri. Sama ada kita sedar atau tidak rupa-rupanya ada minuman ringan yang mengandungi alkohol diantara 0.1% dan 8.7%, dan ia tidak dilabelkan sebagai minuman beralkohol
Begitulah secara teorinya. Persoalan sekarang bagaimana bagi orang awam mengetahui bahawa alkohol tersebut dicampur atau terjadi semasa proses? Bagaimana pula orang awam tanpa apa-apa alat mengetahui sesuatu minuman ringan itu mengandungi alkohol? Perkara ini menimbulkan keraguan dan mengelakkan perkara yang ragu-ragu itu lebih baik.Fatwa siri 8/1999-(Makanan atau minuman yang dicampur dengan Alcohol).
Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei DarussalaMenurut maklumat yang dipetik dari laman web rasmi Mufti Brunei Darussalam setiap makanan atau yang dicampur alkohol walaupun sedikit adalah haram dimakan oleh orang Islam. Bagaimanapun sekiranya kandungan alkohol terjadi dengan sendiri semasa proses penyediaan, ianya adalah halal dimakan selagi ia tidak mengubah rasa dan rupa.
  
Sukacita memaklumkan bahawa berdasarkan keputusan kajian dan
penganalisaan yang telah dijalankan oleh Makmal Perkhidmatan Saintifik,
Kementerian Kesihatan, Negara Brunei Darussalam didapati bahawa beberapa
jenis makanan/minuman yang ada di pasaran negara ini adalah mengandungi
alkohol.

Begitulah secara teorinya. Persoalan sekarang bagaimana bagi orang awam mengetahui bahawa alkohol tersebut dicampur atau terjadi semasa proses? Bagaimana pula orang awam tanpa apa-apa alat mengetahui sesuatu minuman ringan itu mengandungi alkohol? Perkara ini menimbulkan keraguan dan mengelakkan perkara yang ragu-ragu itu lebih baik.                                              

Anda Menggunakan Marjerin Berjenama Flora?

No comments:
 September 2010. Semakan dengan laman web rasmi marjerin jenama Flora (www.floraloveyourheart.com.au) selepas mendapat edaran emel mengesahkan bahawa dua dari tiga jenis marjerin tersebut mengandungi gelatin berasal dari babi iaiti Flora Light dan Flora Ultra Light. Sehubungan dengan itu jelas ianya tidak halal digunakan oleh umat Islam. Satu lagi varian iaitu Flora Original tidak mengandungi gelatin.
Bagaimana pun memandangkan jenama Flora dikeluarkan dari kilang yang sama, kemungkinan Flora Original menggunakan peralatan yang sama bermakna ianya bersentuhan dengan peralatan yang tercemar adalah cerah. Jalan selamat jangan guna.                                                                                                                                

Halal: Tanggungjawab Pengeluar

No comments:
 
Organisasi
Bumiputera
Bukan-Bumiputera
Jumlah
%
Jumlah
%
Besar
63
22
228
78
Kecil & Sederhana
228
27
606
73
Mikro
193
36
345
64
Sumber: Halal JAKIM
4 Oktober 2010. Tahukah anda statistik pendaftaran HALAL di Malaysia? Berdasarkan kepada statistik dari laman web rasmi Halal JAKIM, jumlah persijilan HALAL lebih dipopularkan oleh organisasi yang dimiliki oleh bukan bumiputera.

Saturday, 21 May 2011

Dua Bahan Buat Kek, Roti Ada DNA Babi: JAKIM

No comments:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia minggu lalu menolak permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah syarikat pembekal bahan membuat kek, roti dan pastri selepas mendapati ia mengandungi DNA babi dalam dua ramuan yang digunakan oleh syarikat itu.
Dua ramuan terbabit ialah 'Whole Egg Powder' dan 'Whole Milk Powder.'
Difahamkan, syarikat yang beribu pejabat di Eropah itu turut membekalkan roti, kek dan pastri untuk pasar raya besar dan restoran di negara ini. Berikutan itu, Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua pemegang dan pemohon baru SHPM yang menggunakan produk keluaran syarikat terbabit mengambil langkah untuk mengelakkan sijil mereka ditarik balik.
"Semua pemegang atau pemohon baru yang menggunakan produk syarikat terbabit diminta menukar produk itu kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf.
"Mereka juga diminta mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf," katanya dalam kenyataan yang disiarkan di laman web, semalam.
Selain itu, pemegang dan pemohon baru juga diminta menjalankan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan semak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.
 
back to top