Tuesday, 17 May 2011

Hukum Penggunaan Patung

2 comments:
Isu berkaitan patung ini bukanlah perkara baru, oleh itu ada kalanya diambil ringan oleh sebahagaian orang Islam. Bayangkan jika perkara ini melibatkan perniagaan yang menjana pendapatan menjadikan sumber pendapatan tadi ada unsur subhah jika dalam prosesnya melibatkan perkara yang dilarang.
Patung-patung seperti gambar disebelah biasa digunakan dalam perniagaan berkaitan pakaian - digunakan untuk memperagakan pakaian. Ada juga yang menggunakan patung kepala untuk mempamirkan kain tudung, satu jenis pakaian yang digunakan untuk menutup aurat bagi wanita Islam. Persoalannya adakah dari segi hukumnya dibenarkan dalam Islam?
Menurut fatwa dalam laman web rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, patung yang dimaksukan termasuklah patung manusia atau haiwan, sama ada sesuatu yang wujud atau hanya rekaan semata-mata. Penggunaan patung untuk tujuan pembelajaran adalah harus dan itu pun dengan syarat setakat yang berkaitan sahaja.
Penggunaan patung patung yang lengkap dibina atau diukir bukan untuk tujuan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran adalah haram dan merupakan dosa besar dengan ijma' seluruh ulama daripada mazhab ahli Sunnah Wal Jama'ah. Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Az-Zawajir menyebutkannya sebagai dosa besar yang kedua ratus enam puluh lapan.
Sehubungan dengan itu sekiranya ada diantara kita yang terlibat dengan perkara ini bolehlah mengambil tindakan yang bersesuaian. Jika dilakukan sebelum ini kerana kejahilan, seelaoknya berhenti dan mohon ampunlah kepada Allah - sesungguhnya Allah maha pengampun.
SumberJabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam
Grafik: indonetwork.co.id

2 comments:

  1. kalau patung xde kepala & separuh bdn bertujuan untuk memudahkan penjahit menjlnkan kerja2 adakah dibenarkan?

    ReplyDelete
  2. adalah lebih baik jika mengelakkan menggunakan dan mempamerkan sebarang patung.

    ReplyDelete

 
back to top