JAKIM mengambil keputusan untuk menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd sehingga JAKIM berpuas hati status kehalalan produk berkenaan berkuatkuasa 19 Ogos 2010. Oleh yang demikian, QBI Packaging Sdn Bhd adalah dilarang serta merta menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk berjenama QBB Pure Ghee.
Sebagai pengguna muslim sama-samalah kita mengambil tindakan terutama dalam penyediaan makanan untuk berbuka dan hari raya supaya jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang bersubhat. Ingatlah setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah dan setiap sumber yang haram merupakan habuan api neraka.
Jika tidak mengetahui atau terpaksa itu cerita berbeza. Dengan tersiarnya berita ini maknanya dah tahu tambahan pula banyak pilihan lain. Guna saja produk keluaran GLC seperti Felda, bukan saja halal malah menyumbang kepada pembangunan negara!
Sumber: Halal JAKIM.
No comments:
Post a Comment