Dewasa ini kepentingan kesihatan semakin diambil berat oleh berbagai pihak memandangkan timbulnya pelbagai penyakit kronik yang antaranya boleh membawa pada kematian. Banyak inisiatif yang dibuat bagi menjamin kesihatan fizikal seperti pengambilan makanan secara teratur dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan yang seumpamanya. Selain daripada itu, memakan makanan yang halal serta cara pengambilan makanan yang betul menurut Islam juga merupakan antara faktor yang membawa kepada kesihatan tubuh badan.
Diantara hikmah mengambil makanan yang halal lagi baik adalah:
(1) Selamat daripada api neraka;
(2) Doa dimakbulkan Allah swt;
(3) Menambah cahaya dan melembutkan hati;
(4) Menjadi pPenawar atau ubat
Antara etika yang digariskan oleh syara‘ dalam perkara makan dan minum ialah:
(1) Tidak berlebihan dalam pengambilan makanan dan minuman;
(2) Membasuh kedua tangan sebelum dan selepas makan; (3) Membaca doa sebelum makan;
(4) Memulakan makan dan minum dengan membaca "bismillah";
(5) Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan;
(6) Sunat makan dengan menggunakan tiga jari mengikut sunnah Rasulullah saw; (7) Tidak menghembuskan nafas di dalam cawan atau gelas minuman ketika minum;
(8) Mendahulukan memakan buah-buahan sebelum makanan yang lain;
(9) Tidak mencela makanan yang halal yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa;
(10) Makruh makan bersandar atau makan berbaring;
(11) Tidak berludah ketika sedang makan;
(12) Tidak meniup makanan atau minuman;
(13) Sunat minum secara tiga kali nafas.
(14) Menghabiskan sisa makanan sama ada di jari mahupun di pinggan; dan
(15) Mengucap syukur ke hadrat Allah swt.i
Monday, 16 May 2011
ISLAM HIDUPKU
→
Khasiat
→ Makan Ikut Cara Islam Dipetik dari Laman Web Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment