Satu soalan tentang Hukum Menghisap Ganja telah diutarakan kepada Ustaz Azhar Idrus . Berikut adalah jawapan Ustaz.
Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts
Tuesday, 29 March 2016
Wednesday, 29 May 2013
Hukum Menggunakan Perkakasan “Bone China”: Tidak Harus


Selayaknya sebagai orang beriman mengambil sifat berhati-hati terutama dalam mana terdapat pilihan-pilihan lain. Pun begitu muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 memutuskan bahawa penggunaan perlatan yang mengandungi “bone China” sebagai tidak harus. Dalam ertikata lain, orang Islam hendaklah mengelak menggunakannya.
Friday, 22 June 2012
Hukum Bergincu (Memakai Lipstick)
Jabatan Mufti Kerajaan Brunei menyatakan bahawa memakai gincu tanpa keizinan suami adalah haram. Bagi perempuan yang tidak bersuami pula, memakai gincu juga boleh menjadi haram sekiranya bergincu itu boleh menimbulkan fitnah, seperti menarik perhatian kaum lelaki.

Hukum Bawa Al-Quran Elektronik ke Tandas
Hukum membawa Al-Quran elektronik ke dalam tandas adalah harus selagi ianya tidak dipaparkan pada skrin atau tidak ada bacaan. Demikian ringkasan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.

Sesungguhnya hukum larangan membawa Al-Quran ke dalam tndas adalah untuk memelihara kesuciannya.
Monday, 30 May 2011
Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
29 September 2010. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
Sumber foto: Majlis Agama Islam Selangor
Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.
Keterangan/Hujah:
- Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
- Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
- Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
- Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
Sumber foto: Majlis Agama Islam Selangor
Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Penggunaan Bulu Binatang Yang Halal Dimakan Sebagai Ramuan Makanan. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan vitamin D3 yang terhasil daripada bulu binatang yang halal dimakan adalah harus sama ada ia diambil semasa hidup atau selepas disembelih mengikut hukum syarak.
Tuesday, 24 May 2011
Hukum Menanam Rambut Di Kepala

(1) Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagimana tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
(2) Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.
Tuesday, 17 May 2011
HUKUM CABUTAN NOMBOR BERTUAH
Hadiah-hadiah yang diberikan sama ada dalam bentuk barang atau wang tunai
oleh sebuah syarikat kepada pelanggannya yang membeli barangan di syarikat
tersebut di mana pelanggan tidak menanggung sebarang kerugian disebabkan
keuntungan berasaskan judi. Di antara unsur-unsur suatu perjudian itu, salah
satu pihak beroleh keuntungan sementara di pihak yang satu lagi yakni pembeli atau pelanggan akan menanggun kerugian atau terdedah kepada risiko kerugian itu Sesebuah syarikat mensyaratkan pembelian barangan sekurang-kurangnya
dengan harga 10 ringgit umpamanya, iaitu sebagai syarat untuk memperolehi sebarang hadiah yang ditawarkan oleh
sesebuah syarikat itu sekalipun pembeli akan mendapat barang tersebut tanpa sebarang kerugian,
namun menetapkan syarat pembelian dengan 10 ringgit ditakuti membawa Syubhah
Syubhah yang dimaksudkan ialah pembeli berniat atau bertujuan untuk memperolehi
hadiah yang ditawarkan, bukan saja-saja bertujuan untuk membeli barang itu.
kepada judi juga, atau sekurang-kurangnya termasuk dalam syubhah.jika seseorang yang bukan tujuan asasinya membeli barang, bahkan
tujuannya yang sebenar ialah semata-mata untuk mendapatkan hadiah yang
ditawarkan, maka perbuatan seperti ini adalah menuju kepada cara atau bentuk perjudian atau menghampiri perjudian.
Hukum Penggunaan Patung
Isu berkaitan patung ini bukanlah perkara baru, oleh itu ada kalanya diambil ringan oleh sebahagaian orang Islam. Bayangkan jika perkara ini melibatkan perniagaan yang menjana pendapatan menjadikan sumber pendapatan tadi ada unsur subhah jika dalam prosesnya melibatkan perkara yang dilarang.
Patung-patung seperti gambar disebelah biasa digunakan dalam perniagaan berkaitan pakaian - digunakan untuk memperagakan pakaian. Ada juga yang menggunakan patung kepala untuk mempamirkan kain tudung, satu jenis pakaian yang digunakan untuk menutup aurat bagi wanita Islam. Persoalannya adakah dari segi hukumnya dibenarkan dalam Islam?
Menurut fatwa dalam laman web rasmi Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, patung yang dimaksukan termasuklah patung manusia atau haiwan, sama ada sesuatu yang wujud atau hanya rekaan semata-mata. Penggunaan patung untuk tujuan pembelajaran adalah harus dan itu pun dengan syarat setakat yang berkaitan sahaja.
Penggunaan patung patung yang lengkap dibina atau diukir bukan untuk tujuan pendidikan, pengajaran dan pembelajaran adalah haram dan merupakan dosa besar dengan ijma' seluruh ulama daripada mazhab ahli Sunnah Wal Jama'ah. Imam Ibnu Hajar di dalam kitabnya Az-Zawajir menyebutkannya sebagai dosa besar yang kedua ratus enam puluh lapan.
Sehubungan dengan itu sekiranya ada diantara kita yang terlibat dengan perkara ini bolehlah mengambil tindakan yang bersesuaian. Jika dilakukan sebelum ini kerana kejahilan, seelaoknya berhenti dan mohon ampunlah kepada Allah - sesungguhnya Allah maha pengampun.
Monday, 16 May 2011
Hukum Orang Bukan Islam Memasuki Masjid
Isu orang bukan Islam memasuki masjid pernah menjadi tajuk berita hangat di Malaysia sebelum ini. Bagaimanapun apa yang mendukacitakan sesetengah pendapat yang diberikan tidak melihat dari sudut hukum. Terdapat kecenderungan membuat pertimbangan berdasarkan logik akal semata-mata. Sehubungan dengan itu, disini dipetik pandangan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam, untuk menjadi renungan bersama.
Menurut rencana tersebut, para ulama Syafi'iyyah menunjukkan dengan jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid, selain daripada Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
Bagaimanapun, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising, serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.
Menurut rencana tersebut, para ulama Syafi'iyyah menunjukkan dengan jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid, selain daripada Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.
Bagaimanapun, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising, serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)