Showing posts with label Khasiat. Show all posts
Showing posts with label Khasiat. Show all posts

Sunday, 10 April 2016

Tuesday, 31 May 2011

KHASIAT DAN CIRI-CIRI DAUN BIDARA

No comments:
Daun bidara tidak hanya dimanfaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru masuk Islam atau mandi haidh, tapi juga memiliki khasiat untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit, di antaranya, diare, kencing manis dan malaria.

Selain itu daun bidara sangat efektif untuk membantu proses penyembuhan penyakit karena gangguan jin. Ulama Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (Boleh juga dibacakan ayat-ayat al-Qur'an lainnya) Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma'mar bin Rasyid 11/13)

Monday, 30 May 2011

Makanan Sunnah?

No comments:
24 September 2010. 12 jenis makanan berikut dikatakan menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Jadi pasti ada khasiat dan rahsia jika mengamalkannya, selain yang pasti mendapat pahala!



Monday, 16 May 2011

Makan Ikut Cara Islam Dipetik dari Laman Web Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam

No comments:
Dewasa ini kepentingan kesihatan semakin diambil berat oleh berbagai pihak memandangkan timbulnya pelbagai penyakit kronik yang antaranya boleh membawa pada kematian. Banyak inisiatif yang dibuat bagi menjamin kesihatan fizikal seperti pengambilan makanan secara teratur dan melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam dan yang seumpamanya. Selain daripada itu, memakan makanan yang halal serta cara pengambilan makanan yang betul menurut Islam juga merupakan antara faktor yang membawa kepada kesihatan tubuh badan.
Diantara hikmah mengambil makanan yang halal lagi baik adalah:
(1) Selamat daripada api neraka;
(2) Doa dimakbulkan Allah swt;
(3) Menambah cahaya dan melembutkan hati;
(4) Menjadi pPenawar atau ubat

       Antara etika yang digariskan oleh syara‘ dalam perkara makan dan minum ialah:
(1) Tidak berlebihan dalam pengambilan makanan dan minuman;
(2) Membasuh kedua tangan sebelum dan selepas makan; 
(3) Membaca doa sebelum makan;

(4) Memulakan makan dan minum dengan membaca "bismillah";
(5) Makan dan minum dengan menggunakan tangan kanan;
(6) Sunat makan dengan menggunakan tiga jari mengikut sunnah Rasulullah saw;                 (7) Tidak menghembuskan nafas di dalam cawan             atau gelas minuman ketika minum;

(8) Mendahulukan memakan buah-buahan sebelum makanan yang lain;
(9) Tidak mencela makanan yang halal yang dirasakan tidak sedap atau tidak menepati cita rasa;
(10) Makruh makan bersandar atau makan berbaring;
(11) Tidak berludah ketika sedang makan;
(12) Tidak meniup makanan atau minuman;
(13) Sunat minum secara tiga kali nafas. 
(14) Menghabiskan sisa makanan sama ada di jari mahupun di pinggan; dan

(15) Mengucap syukur ke hadrat Allah swt.i                                                                           
 
back to top