Dalam hadith ke-8, dalam Kitab Umdatul Ahkan, diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Osman bin Affan r.a. telah menunjukkan kepada pembantunya, Humran, bagaimana Rasulullah s.a.w. mengambil wuduk menggunakan air yang sedikit dari satu bekas yang berisi air. (1) Beliau menuangkan air dari bekas tersebut pada kedua telapak tangannya dan membasuhnya sebanyak tiga kali.
(2) Beliau mencelup tangan kanannya ke dalam bekas (mengambil air) berkumur serta memasukkan kedalam hidungnya dan mengeluarkannya.
(3) Beliau membasuh mukanya sebanyak tiga kali.
(4) Beliau membasuh tangannya sampai ke siku sebanyak tiga kali.
(5) Beliau lantas mengusap (membasahkan) kepalanya sebanyak tiga kali.
(6) Beliau membasuh kedua kalinya sebanyak tiga kali.
(7) Beliau berkata (mafhumnya), "Aku melihat Nabi s.a.w. berwuduk seperti mana wudukku tadi, kemudian bersabda (mafhumnya), 'Sesiapa yang berwuduk seperti wudukku in kemudian mengerjakan solat dua rakaat dan mengerjakannya dengan penuh kekhusukan, maka Allah mengampunkan dosanya yang telah lalu.'".
Mungkin timbul persoalan menjadikan air didalam bekas yang kurang dua kolah bertukar menjadi air musta'mal dengan memasukkan tangan ke dalamnya. Mengulas mengenai perkara ini, Ustaz Johari Abdul Wahab Al-Hafiz menjelaskan air musta'mal dalam fahaman ahli sunnah waljamaah hanya ada diadalam fahaman Imam Shafiee sahaja dan tidak ada dalam fahaman mazhab yang lain.
Saturday, 14 May 2011
ISLAM HIDUPKU
→ Cara Berwuduk Yang Diajar Oleh Rasulullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment