Friday, 22 June 2012

Hukum Bawa Al-Quran Elektronik ke Tandas

No comments:

Hukum membawa Al-Quran elektronik ke dalam tandas adalah harus selagi ianya tidak dipaparkan pada skrin atau tidak ada bacaan. Demikian ringkasan fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Brunei Darussalam.

Menurut fatwa berkenaan, alat-alat elektronik seperti PDA atau telefon bimbit tidak dikategorikan sebagai Al-Quran tambahan pula imej pada skrin bukan merupakan imej kekal. Oleh yang demikian, ia tidak dihukumkan sebagai haram, sebagaimana hukum membawa Al-Quran ke dalam tandas. Walaupun demikian, pengguna hendaklah memadamkan skrin supaya ayat-ayat Al-Quran tidak ditunjukkan pada skrin dan tidak memperdengarkan bacaan semasa dalam tandas.

Sesungguhnya hukum larangan membawa Al-Quran ke dalam tndas adalah untuk memelihara kesuciannya.

                                         untuk membaca fatwa penuh sila ke link di bawah ini.


No comments:

Post a Comment

 
back to top