Wednesday, 29 May 2013

Persoalan Niat Puasa Ramadhan

No comments:
Insyaallah beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan yang mulia dan penuh berkat – Ramadan Al-Mubarak. Semua sedia maklum, puasa yang sempurna bukan bermaksud menahan diri dari makan dan minum sahaja. Oleh yang demikian sama-samalah kita melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan puasa kerana sebagai orang beriman, pasti mengharapkan mengerjakan puasa terbaik kerana ganjarannya ialah keredaan Allah dan menghapuskan dosa.

Seperti ibadat lain, ibadat puasa bermula dengan niat. Tidak sah puasa seseorang itu jika tidak dimulai dengan niat. Menurut Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam niat puasa Ramadan hendaklah dilakukan pada malam hari iaitu sebelum terbit fajar. Yang penting seperti dalam apa-apa niat juga ianya hendaklah yakin.


Niat puasa Ramadan hendaklah dilakukan pada setiap malam tetapi menutut Mazhab Imam Maliki boleh juga diniatkan untuk sebulan penuh iaitu niat sekali sahaja. Pun begitu ada perkara-perkara yang membatalkan niat puasa sebulan penuh seperti terputus kewajipan berpuasa walaupun tidak meninggalkan puasa seperti musafir atau tidak boleh berpuasa kerana keuzuran yang dibenarkan, atau meninggalkan puasa
.Klik disini untuk membaca rencana penuh berkaitan niat puasa tulisan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.

Hukum Menggunakan Perkakasan “Bone China”: Tidak Harus

No comments:
Peralatan yang diperbuat daripada campuran “bone China” seperti pinggan mangkuk dan barangan perhiasan lain tidak dinafikan sangat halus buatannya. Maka tidak hairanlah ianya menjadi kegemaran kepada mereka yang berkemampuan dan merupakan simbol kemewahan(gambar sebelah adalah sebagai hiasan sahaja)

Bagaimana pun ada yang mampu dan ingin memilikinya kadangkala tertanya-tanya tentang hukum penggunaannya – adakah dibenarkan oleh hukum syarak atau sebaliknya. Ada juga sesetengahnya mengambil mudah demi mengikut peredaran masa, menggunakannya baik bagi majlis istewa atau kegunaan harian.

Selayaknya sebagai orang beriman mengambil sifat berhati-hati terutama dalam mana terdapat pilihan-pilihan lain. Pun begitu muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-99 memutuskan bahawa penggunaan perlatan yang mengandungi “bone China” sebagai tidak harus. Dalam ertikata lain, orang Islam hendaklah mengelak menggunakannya.


 
back to top